MEDICAL SCHOOL (USM) INTERVIEW

Assalamualaikum.

(Rasa macam nak tulis bahasa Melayu baku, tapi bila mula pegang keyboard je rasa nak bahasakan santai dan rojak je)

Alhamdulillah, semalam result degree USM dah dikeluarkan. Website cakap 2 petang, punya la berdebar macam nak cabut jantung, pengurusan tangguh pula, janji sebelum 5. Memang betul la ha before 5, sempat la tidur 2 jam 58 minit dulu sebelum result official released... Ye semua, result keluar 4.58 pm... sebelum 5 kan kata tadi...?

Dan Alhamdulillah berjaya tempatkan diri kat USM-KLE, Belgaum, India. Apapun, dulu before interview, aku akan search blog atau wordpress yang related dengan USM interview. PAP kebetulan ada satu situational question untuk interview medic yang sejibik naik. Disebabkan by sharing, it helps other candidates, aku pun dah niat nak share iv batch aku punya. Fyi, I got two ivs, one for pharmacy field (my second choice) at USM Induk, Penang on 14th May and the other one was medicine at USM Kubang Kerian on 17th.

Oh ya, before anything, aku pelajar sposored by MARA, buat pra-u kat Kolej MARA Kulim 18/19 dulu, program ni kolaborasi dengan USM. So kami memang aware lebih sikit dengan sistem USM, apa yang akan kami hadap degree nanti, malah kehidupan kat kolej pun kami banyak refer senior. Tips exam ke apa semua. So people, kalau nak tau lebih sikit, boleh la refer senior lepas if you are from pre-u jugak okie.

.....................................................................

Interview medic aku jatuh hari Khamis, 17 Mei. Minggu ni memang minggu iv je semedang, semua pusat pengajian buat. Aku tak sure medic iv ni berlangsung berapa hari, tapi semua pelajar pra-u dari KMKu jatuh tiga hari berturut ni; 16, 17, 18 Mei. Untuk iv course lain, lain hari pulak tapi minggu sama.

Peringatan jugak people, jangan expect iv lambat sangat tau, program aku habis 5 Mei, minggu tu jugak keluar result iv. Sementara tu revise sikit untuk iv tau! Hah terkejut beruk gak la tengah bersenang lenang habis final paper tetiba kena study lagi.

Oh ya, iv ni melibatkan semua yang apply tau, bukannya untuk pre-u je, so nanti hampa bercampur la dengan students dari saluran lain. Tak macam dentistry punya iv, yang mana iv tu mmg asingkan dah siap2 students pre-u usm satu group terus NO NO untuk medic dan course lain memang campur. Groupmates campur.

Lemme give the flow first.

Aku menginap kat hotel budget je betul2 depan Hospital USM tu since aku datang dengan family, apa nama eh tak ingat. Kalau hampa nak datang dengan kawan2, (since ni weekdays) boleh la stay kat Rumah Tamu USM. Murah dan best jugak katanya.

Hari interview nanti, bangun awal terus gi dataran Pusat Pengajian Perubatan before jam yang ditetapkan ok. Tahun aku, masa ditetapkan 7.30 am. Dulu waktu aku pergi iv pharmacy, tentatif pukul 8, tapi pendaftaran lambat, 8.15 mcm tu pun still ada orang beratur. Aku ingatkan medic iv macam tu jugak. Aku pun gerak la lambat SIKIT, sampai dalam 7.35 am. 5 MINIT JE KOT AKU LAMBAT SEBAB TUNGGU KAWAN NAK DAFTAR SEKALI, (sebab Izzah Imanina ni naik grab bah, so tunggu dulu) SEKALI NAK DAFTAR, KAMI DUA ORANG LAST SIOT.  Awal gilo clear pergh. Kawan ada cakap, awal-awal kaunter dibuka tu memang orang pakat serbu habis ah. Maksudnya memang depa mai awal untuk tunggu kaunter bukak.

Okay kenapa aku dan Izzah nak daftar sekali? Sebab.. group akan dibahagikan thru pelajar yang daftar tau. Nanti ada banyak kaunter, maybe 5 atau 6. Setiap barisan kat kaunter tu akan jadi satu sesi sampai bilangan tertentu. Satu sesi tu pulak akan dibahagikan beberapa litar; A, B, C, D etc.. Satu litar ada 9 orang. Kenapa 9 orang satu litar? SEBAB ada 9 station satu litar. 1 station 1 orang.

Sebab USM punya iv ni MMI ya. MMI? APA TU? MMI tu multiple mini-interview, format yang mana iv dalam litar, dan ada masa untuk setiap stesen. Nak tahu lagi boleh Google. Tbh, MMI is really fun!

Beratur sekali tu means beratur ke belakang tau untuk satu litar, kalau tak jadi la kes macam aku dan izzah. Datang sekali, tapi since takda orang beratur kan, kami pun pi la kat dua kaunter yang lain2, sesi sama, cuma litar lain. Pastu urus setia akan panggil students untuk dikuarantinkan. Hampa kena duduk atas barisan kerusi kat dataran. Barisan adalah mengikut litar.

Taktau la malang apa nasib haritu, since jadi orang last daftar ni kan, kat litar aku tu aku sorang je candidate T_T Lagi tak guna sebab Izzah gelak besar je terkenangkan aku akan berseorangan je berligar dalam litar. Tak guna izzah :') Tapi pihak urus setia rombak litar belakang aku terus naikkan students lain. Jadi la 4 orang dalam litar :') Ni la padahnya ye anak-anak, kalau datang lambat.

Kat kerusi nanti, supposedly tak boleh sentuh dah barang lain, bawak diri je. Tapi since aku sesi kedua, nak tunggu tu lambat, ada kot sejam lebih, aku pun bawak bahan2, kertas2, fon, beg haa semua aku bawak. Time tu hampa chit chat la dengan kawan lain untuk revise anything. Keep talking to your friends, tanya pendapat masing2 untuk soalan situasi. Knowledge is to be shared, ya.

Oh ada tiga sesi tak silap setiap hari. Sesi pukul 8, pukul 10, dan petang. Satu sesi makan lebih kurang 1 jam setengah. Hah sebut pasal masa ni kan, aku terang sikit, walaupun nanti akan dibriefkan sekali lagi. Setiap stesen ada doctor yang akan interview, dan ada tugasan tertentu. Setiap stesen 7 minit. 2 minit baca soalan dan berfikir, lagi 5 minit masuk bilik dan buat task tertentu. Tapi ini applicable untuk stesen aktif je ye (yang melibatkan masuk bilik doktor). Untuk stesen pasif, yang melibatkan menulis, gunakan 7 minit solely untuk menulis.

TAPI. Ada satu stesen aktif yang melibatkan talent dan background yang tak perlu masa berfikir. Terus masuk je dan iv 7 minit. Dan ada dua stesen pasif yang kena rehat je. Tak buat apa apa.

So, 7 minutes × 9 stations = 63 minutes each session. Trust me, hampa takkan sedar pun tetiba dah habis hah gitu. Campur lagi briefing plus pergerakan lagi jadila hampir 2 jam satu sesi.

Pastu tunggu la urus setia panggil untuk gerak. Tempat iv ni satu blok je tau, that's why ada sesi lain. Habis satu sesi, sambung sesi lain. Waktu nak gerak dah, badan dan alat tulis je nak bawak. Lain2 barang semua kasi parents, atau parents kawan (YES YOU IZZAH EHEHE) atau family, atau urus setia pun boleh KOT. Pencil case pun takleh bawak. Pastu gerak la ke blok wad, tempat iv. U guys akan dibriefkan dulu oleh doktor-in-charge pasal pergerakan litar. Dan akan dapat borang permarkahan. Pengisian akan dibriefkan, dan apa kena buat dengan borang pun akan dibriefkan. Nasihat aku; JANGAN LUPA BAWAK PENSEL. Dan people, mostly orang yang interview adalah para doktor sendiri. Gelarkan je mereka ni dengan doktor waktu iv nanti.

Pastu gerak ke litar mengikut arahan dan masuk ke wad, tempat iv. Nasihat aku ; JANGAN expect soalan sama walaupun hang dengan kawan hari sama, sesi lain. TAPI JANGAN PULAK ABAIKAN soalan dah ditanya. BOLEH JADI akan berulang. Mana tau Allah takdirkan soalan semalam naik untuk hari esok. (CAUSE BABY THAT WAS WHAT HAPPENED TO ME) Soalan tahun tahun lepas pun boleh ditanya.

Ni adalah antara soalan untuk iv. Semua ni datang dari aku, kawan2 aku dan senior.

-First

1) rehat

2) berlakon -nak bagitau jiran yg dia akan undergo satu checkup usus, nak bawak masuk endoskopi dlm dubur. Jgn risau prosedur dia akan bg mula2, pastu dlm bilik iv pun nanti dia bg kertas untuk hang refer prosedur tu.

Kalau kes aku tadi, aku tanya nama dia siap2 supaya senang nak sebut. Tanya sama 'faham tak?' 'Haaa tak sakit pun' 'jangan risau' haa camtu la.

3) writing bm -depression

Perhati betul2 sbb gambaq aku tak clear td aku cam amik masa yang lama betul ka ni.... ha camtu. Sbb dia print white black pastu aku just boleh baca heading akhbar je haaa so aku rasa, by looking at header, kena assume dah penyakit apa dlm tu ok!

4) Anda kawan baik ali. Parents ali nak dia jd doc, dia nak masuk bidang animasi. Anda kena komunikasi sendiri dgn parents Ali. Nyatakan bagaimana.

(Guys ni soalan beberapa tahun lepas. Boleh refer blog lain dan macam mana beliau jawab)

Pastu aku tambah la, aku yakin semua parents nak anak dia bjaya sbenarnya. So kalau tujuan parents dia ali bjaya, dia prlu support ali, mana tau ali boleh bjaya dlm bidang ni dan jadi mcm upin ipin nnti. Upin ipin berjaya tmbus indonesia tu!

5) rehat

6) opinion and comment about job doctor is respectable and glamorous.

Yang ni doctor tu mcm pusing2 soalan sikit, mcm are u aware are u ready, any of doc that u like, etc. Pastu ada la aku jwb 'docs are tired but im sure most of the satisfaction comes after seeing the patients are able to recover.' Ni wajib english

7) terangkan article fikri di-diagnose sakit jantung. Mati tak lama lagi. Mak dia rasa sedih.

Okay untuk yang ni, dia just kata nyatakan situasi ini. Tapi apa aku faham, kena bgtau stiap sorang punya feeling. Dan aku rasa betul sbb doctor td tak membetulkan apa yg aku cerita so maybe betul. Jangan lupa tambah watak doktor yg akan rasa bersalah untuk bgtau tu. (Sbb artikel tak mention doc) ni wajib bm

8) writing eng -'sex predator' doctor suspended for 2 yrs

9) background, why medic, talent.

Untuk aku, doc tu banyak tanya. Dia tanya ho nnti lama nak tunggu panggilan, apa plan. Pastu nnti kalau kerja, ilmu kedoktoran dah luput acana tu. Pastu aku ckp la yang aku ada tau yang usm kk ada provide bilik and class untuk ho yang tgah tggu kerja untuk dtg dan attend utk refresh balik ilmu2. So nmpak la ada plan. Dia ada tanya choice aku. Jawab dgn yakin ok!

............................

Doktor utk litar aku semua baik je. Pastikan hang banyak cakap sikit kalau takmau depa attack hang banyak. Pastu, predict siap2 soalan akan ditanya kalau hg jawab sekian sekian. Pikiaq jawapan time 2 minit tu supaya takda la lama sngat nak dpt ilham. 2 minit tu bg aku cukup. Doc semua akan cuba cari idea utk cari soalan supaya masa tu cukup2. Kalau taknak melalut dia tanya tah pa pa, pastikan cakap banyak!!! Oh utk stesen lain2 tu aku guna bm. No extra marks pun kalau guna english, no deducted points pun kalau guna bm.

Oh untuk group discussion aku mmg tkda tips la. Aku pun tenggelam dalam candidates tu weh. Depa ckp banyak mcm tknak bg peluang lngsung orang bersuara so aku malas la nak buat betul2. Aku just present utk part aku ja. Spy tu tkyah risau. Obvious nak mampus. Aku punya td dah la masuk lmbat, nama tkda dlm list, pastu duduk je haih. Aku buat taktau je kat dia td tapi qis kata, sepatutnya kena ajak dia join skali la discussion bila nmpak dia malas join.

-Second

1- rehat
2- berlakon nak bgithu jiran canne prosedur operation
3- writing bm, pasal statistic jangkitan hiv antara jarum drugs dgn sex
4- explain situation member left group
5-rehat
6- explain pasal housemanship
7- describe akhbar pasal silap diagnose hiv
8- writing english, pasal car accident sebab main phone sambil drive

9- background, talent, strength, why medic

Ini link untuk stesen keenam, regarding housemanship.

-Third

Masa yg individu tu, kita kena soalan:
1. Dia tunjuk video org kena prank pastu dia mintak pengajarn from video tu
2. Kena tulis pendapat pasal ada kawan ni suka dekat someone dah lama and lelaki tu pun tiba2 cakap dia suka kawan ni balik tapi lelaki tu mintak rm5k sbb ayah lelaki tu sakit. So tulis apa tindakan awak
3. Tell abt your talent
4. Dlm bilik tu ada interviewer dgn sorang lelaki la, and situation tu kata awak as ketua pelajar, tau yg lelaki ni dah curi kertas soalan peperiksaan. So dia nak tgk cane awak pujuk lelaki tu supaya mengaku la cantu
5. Dia bagi situation cam ada patient ni dtg and dia dah sakit lama tapi baru jumpa you (you doctor la) and you baru habis operation semua dah penat en so awak marah dia depan ramai org. So bagitau apa feelings semua org yg ada kat situ
6. You as ketua kelab kebudayaan kena bincang nak buat activity apa utk hari kebangsaan malaysia. Essay.
7. Top diseases in malaysia.
8 dgn 9 ni station rehat takde buat apa ni apa yg kak aa jawab dulu

-Fourth

1. Kita mula tersalah jawab pengajaran tu πŸ˜‚ kita cam tak bagi pengajaran and then Dr. Tu tegur la then baru bagi satu pengajaran, masa dah habis. (Oh btw satu station tu kena baca soalan kat luar bilik iv- 2 min. And then masuk dlm bilik tu ada interviewer. And interviewer tu Dr la. Jawab soalan tu 5 min je)

2. Yg essay pasal kawan tu, kita just tulis supaya dia lebih berhati2 walaupun gembira sbb tak semua org ada hati yg baik and gi la visit ayah lelaki tu supaya nak tgk lelaki tu tipu ke tak

3. Bagitau talent jelah πŸ˜‚ kita cakap kita boleh act and pandai memanah. Then dia suruh la kita demo cemana nak memanah tu πŸ˜‚ ada kawan kita dia kata talent dia menyanyi pastu Dr tu suruh dia menyanyi. Haa jangan segan ye. Masa ni la nak tunjuk bakat πŸ˜‚

4. Yg soalan pujuk2 tu memang susah sikit sbb pelakon tu cam berkeras la taknak mengaku en. But basically yg station ni dia nak tgk your communication skill. How you comfort that person and make them trust you.

5. Kita kena pandang emotion semua org yg involved dalam situation tu, the patient, doctor, family patient tu. kena tunjuk sikap sympathy and empathy jugak.

6. Essay ni just bagi jelah apa2 activity yg boleh dibuat utk hari kebangsaan kat sekolah

7. Top diseases ni semua boleh jumpa kat google. Ha nanti rajin2 la google disease apa yg famous kat malaysia. Tapi my Dr tu ada tanya jugak kenapa i pilih medic and nak master in apa and why

-Fifth

1) rehat
2) belakon -nasihat kawan yg skip kelas
3) writing bm -child abuse
4) bagi pendapat kwn yg taknak mkn ubat demam sbb baca berita from whatsapp yg ubat demam boleh rosakkan buah pinggang
5) rehat
6) tell about medical curricular general and medical curricular in usm
7) terangkan article bekas pesakit strok marah pemandu bas
8) writing eng -medic student suicide

9) background, why medic, experience u wnat to tell

-Sixth

Okay meh sis nk share sikit. seperti yg semua dah tahu. ada 9 station:- -1 bertulis wajib English
-1bertulis wajib melayu
-2 station rehat
-1 station wajib jawab english
-1 station wajib jawab malay
-lagi 3 station xkisah mana2 tp wajib kena consistent guna bahasa yg kita pilih. xleh kejap eng kejap malay. contohnya. "i like main sukan, everyday i akan jog ngan adik2 i kat taman near rmah kitorg" ( XLEH YAA)πŸ™ˆπŸ™ˆ

Okay, last skali korang akan masuk satu bilik discussion.. dia akan bagi tugasan utk korg selesaikan sesama.. tp tine ni ivwer xde.. so korang pandai² laa bincang and pastikan jgn syok sendiri, kalau boleh klau nmpak ada org tu senyap je.. cuba2 laa tolong diorg tau..ajak dia utk cakap sekali..

Station bertulis tu dia bagi satu situasi pastu kita kena buat conclusion pasal situasi tu... Tp aku tulis pendek je wehhπŸ˜…πŸ˜‚ tulisan buruk lak tu.  Hahhahahaha.. im dead..

Ok lupa.. setiap station ada 2 min pikir n lepas tu akan bunyi buzer (maknanya habis 2 min pikir) then ketuk pintu, pastu masuk n bagi salam.. buka tgk dulu baru bagi salam takut ivwer tu non muslimπŸ™ˆ (mcm aku td.. awal2 dh bagi salam sekali masuk tgk indianπŸ˜…πŸ˜‚) nasib dia okay jeπŸ€ͺπŸ€ͺ

Station 1: station rehat.. jgn buat apa2 , just rehatn tenangkan diri.. korang xkan sempat utk rasa pon kepuasan rehat tuπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚.. srs xtipu.. duduk n boleh laa tgk org tgh stress pikir.. hahahahah jkjk.. nnti klau dh kluar station..


Station 2: kalau aku punya, dia kasi situasi n kita kena jelaskan kat org tu.. akan ada actor kat situ.. tugas aku, aku kena terangkan surat appointment dia.. just be urself.. n terangkn dgn tenang.. kalau korang dh habis terang, dia ( actor ) tu akan cakp sstu.. cntoh, saya sakit bla³... Pastu bagi laa respond n jawapan yg sewajarnya.. dlm ni pon ada ivwer jgak.. so, akan ada 2 org dlm bilik tu..


Station 3: writing.. korang smpai je kat meja.. duduk, baca soalan n terus tulis.. xyah tunggu bunyi buzer habis 2min tu.. sbb nnti masa xcukup nk menulis.. so, utk station menulis ni akan ada 7min utk korang baca soaln, pikir n tulis terus.. xyah tunggu2

Station 4: dia bagi situasi sorg ahli grup alumni left tetiba.. pastu org lain dlm grup tu ckap benda2 xelok pasal dia.. apa tindakan korang.. yg ni xde betul, xde salah.. jawab dgn rasional..

Station 5: writing in eng.. sama je mcm yg malay punya tu.. kluar je bilik td.. duduk, baca soalan elok2 n tulis terus (ingat, jgn tunggu buzer baru nak tulis okaayyy!!!)

Station 6: soaln aku dapat ialah cerita pasal HO.. pandai2 laa goreng.. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ xpe, kalau korang tersekat2 dia akan tolong..

Station 7: station rehat

Station 8: dia bagi situasi " ada org ni buat check up utk AIDS.. pastu result dia positive, maksudnya dia ada penyakit tu.. skali, 8 tahun lepas tu dia dapat thu yg dia xde pon AIDS.. dia pon nk pampasan 1.2 juta.. apa korng nk buat?" Haa btw.. xada kesalahan ada peralatan.. tp mungkin ada kesilapan org yg handle tu.. terukar ke apa ke... Mcm tu laa.. lastu pandai2 laa jawab


Station 9: tell me about urself.. haa mmposss.. hahahahah xde lah.. gurau je.. tadi aku punya dia mintak nk tgk sijil.. eh bukan.. dia kata " okay tunjukkan satu sijil yg awak boleh banggakan" so, sijil tu bawak sikit² je.. xyah banyak pon

...................END.................

For the sixth, stesen 8 kan, mulanya kalau kena ke aku memang kaku gak la nak jawab. Kawan aku ada tanya family dia, dan hampa boleh jawab mcm ni;

Mula2, minta maaf kat patient. *Penting ya mengakui kesalahan diri. Pastu, mainkan peranan sebagai doktor yang in-charge untuk handle kes ni. Bincang dengan atasan bahawa kita akan kaji kes ni balik. Cek semula file patient sebab hospital akan simpan dokumen setiap pesakit, refer history dan previous procedures, mana tau ada sebarang kesalahan on paper beberapa tahun lepas. Bentangkan hasil kajian kat pihak atasan. Bincang apa patut buat.

Untuk fourth station pulak, anda kena rasional ya dalam menjawab. Kita boleh pm orang yang left tu, tanya elok2, apa masalah dia, apa boleh bantu. Make things clear sebab mungkin apa yang orang mengata belakang adalah fitnah semata mata. Pastu, kita sebagai orang yang tahu perkara sebenar, kena back up kawan yang left tu dan stopkan kawan lain badmouth dia. Jelaskan perkara sebenar kat kawan2 lain, kasi nasihat sikit yada yada.

Baiklah ni ada beberapa perkara yang aku akan add up.

1. Jangan ambil mudah iv ni, tapi jgn stress pulak pikir. Kalau jenis tak teratur cakap, berlatih fikir isi bagi flow point smooth takda jump sana sini. Kalau hang cakap pun pening, iv-wer pun pening nak dengar. Kalau doktor pening, memang kena attack la jawabnya. Kalau jenis cakap tak ada emosi, berlatih bagi terzahir apa kita rasa. Kesian tunjuk kesian, sedih tunjuk sedih. Tapi gelabah jangan tunjuk lak eheheh. Kalau jenis tak yakin, mulakan cakap sorang2 ke, depan cermin ke. Wear your confidence!

Jangan stress sangat pulak, mostly kawan seprogram aku yang apply dapat Alhamdulillah. Cuma mungkin ada kurang daripada 10 orang yang tercicir. Usaha sungguh2 kalau nak, doa banyak2, tawakal. Kalau tak dapat, tak apa. Rejection is redirection okay people ;)

2. Cari isi untuk kemungkinan situasi yang mungkin berlaku. Contohnya dulu aku pernah cari;

i. what will you advice to your friend who was thinking to drop out from medical course after his/her 3rd year.

ii. how to tell your patient that she/he is going to live only for another 3 months?

iii. what is the feeling of every person involved in the previous person?

iv. your friend said she/he wants to die i.e. commit suicide. What would u do?

Banyak lagi la. Dan ada satu document yang senior passkan haritu regarding Q&A situational questions ni. Cuba mintak ya!

3. Kalau tadi situasi, jangan lupa jugak untuk tahu fakta. Antaranya;

i. USM as APEX uni. Search semua berkaitan APEX. Kat website USM ada.
ii. Administration. Tahu sikit nama2 orang atasan. Chancellor (Raja Perlis), Vice Chancellor yang caring amat Allahu, Deans. Hafal semua!
iii. Visi misi moto.
iv. Kurikulum USM. First year belajar apa, second year belajar apa. Ha sebut pasal ni, kena tau ya yang USM dah mulakan sistem blok, instead of traditional. Means kita akan belajar anatomy cardio, physiology cardio yada yada instead of anatomy semua sistem, pastu physiology semua sistem.
v. Figure out yourself. Kenapa nak jadi doctor ni? Apa talent awak? Strength? Weakness? Tugas am dan spesifik doktor? Know the direction until u become specialist. Berapa tahun belajar (pre-clinical, clinical), ho, mo, kerja mo, master, specialist, phd. Nanti nak specialist in apa?

4. Untuk writing, Prof Kamarul pernah pesan, bagi matang ye. Masukkan statistik sikit pasal kemalangan ke, fakta eg faktor ke, jangan tunjuk sangat diri tu kurang membaca. Hah kalau taknak tunjuk kena la rajin baca isu semasa ok! Tulisan bagi orang faham. Memang tak sempat pun tulis panjang, one third page kira on la dik, asalkan isi hang matang.

Prof pernah pesan jugak, reason nak jadi Doc ni bagi strong sikit. Jangan common. Kalau boleh guna ayat yang ada jargon medical. Prof pernah bagi contoh 'Sebab saya nak terlibat secara langsung dalam mendiagnos pesakit.........' Pikir la dik, cari medical terms sikit. Bagi doctor nampak kesungguhan kita untuk ambil tahu pasal bidang ni.

5. Sebut pasal isu semasa, ambil tahu sikit dua tiga penyakit popular dalan kalangan malaysians, dan penyakit yang currently happen. (Pernah ditanya ke senior dan ada yang jawab obesity but I'm not sure betul ke tak obesity ini adalah sejenis penyakit)

6. Waktu berlakon, pastikan ada empathy. Pernah ada soalan lakonan untuk talk to your friends yang disyaki mencuri. JANGAN gi bantai tuduh 'woi hang curi en. Pasaipa hah buat camtu'. Zahirkan yang sebagai kawan, kita nak tau kenapa dia act mcm tu. Tanya 'boleh saya tahu kenapa awak buat mcm ni? Awak ada masalah ke?' Pujuk.

Ada sesetengah lakonan yang tak payah berfikir. Contohnya aku cuma kena berlakon bagitau jiran pasal prosedur. Quite easy, takyah sibuk nak membahas dengan pelakon sorang lagi ni. Oh akan ada pelakon tambahan ye dalam bilik nanti! Orang tu adalah student medic kat KK.

Kawan aku pulak pernah kena berlakon nasihatkan orang yang keras kepala nak park kereta kat kawasan OKU. Kena fikir ayat lagi, pastu nak membalas hujah orang tu lagi. Contohnya kalau dia balas 'ala bukannya ada orang pun sekarang. Saya datang time lenggang ni. Sebab tu saya berani park sini' Ha ko pikir la dik nak reply apa.

7. Kalau tak faham soalan, boleh je tanya bila masuk bilik tu nanti. Tapi agak membazir la.

8. Doktor kat sana baik je hehe. Warga KK semua baik ❤❤ Mungkin ada sesetengah akan psycho sikit, macam Doc smirk tanya 'awak pasti?'. Takpun dia tengok bawah je, tak tengok pun kita cakap apa, pura-pura malas dengar gitu. Takpun tetiba Doc terus ajukan soalan waktu kita tengah cakap ni ha. But issokay, Doc cuma nak tengok keyakinan kita je πŸ’ͺ

9. Selawat dan baca doa banyak2. Hehe all the best people! 

Comments

  1. Hi,tentang penyataan "yang usm kk ada provide bilik and class untuk ho yang tgah tggu kerja untuk dtg dan attend utk refresh balik ilmu2.",ini ,bolehkah saya tau apa nama program ni,sebab dah google tapi tak de maklumat berkenaan.Dan,bolehke minta dokumen regarding Q&A situational question tu,terima kasih ! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi! untuk soalan first, saya pun tak pasti secara spesifiknya apa nama program tersebut. Tapi mungkin boleh direfer sebagai Latihan Pre-HO kat hospital USM. Tempat ni gunakan mannequin, instead of orang betul. Tak silap, uni lain tak buat lagi! Awak boleh baca kat sini, website hospital usm ada tulis, program berbayar: http://h.usm.my/index.php/en/perkhidmatan-upk/latihan-pre-houseman

      Nama bilik yang dikhaskan untuk latihan tu adalah Clinical Skills Cetre. Ada jugak article ni, awak boleh baca: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3442621/

      Saya ada dapat info dari kawan di USM KK berkenaan CSC ni. Saya jadikan dalam bentuk ayat ya.

      --> Okay dia ceni, even budak clinical year yg nk revise balik boleh mai csc ni. Clincal year kan dah masuk ward oncall apa semua. Dkt csc ni adala klau nk dgr heart sound ke bp ke. Sebab konsep dia, instead buat kat org kita buat dkt patung, takkn kita nk cederakan org en by doing wrong. So klau tak confident boleh mai csc ni. Ada clinician kat situ kalau nak panggil for help. Power2. Tau macam2. Timing dia ikut working hour. Kalau kami first year, a day bfr osce tu kami tempah bilik csc ni. Dia kan banyak bilik. So kami tempah satu. Practice pe kita history taking soalan yg maybe osce. Sama macam anatomy museum kami.

      Ni kawan saya bagitau. Awak nak tau lebih sikit ke pasal anatomy museum ni?

      Baik untuk soalan kedua. Macam mana ye saya nak passkan sebab dokumen ni dalam bentuk words? Kasi number boleh? Atau awak dm nombor kat ig saya: nurfatihah_h

      Delete
    2. asslm so nk tnye still availble tak dokumen psal situation..do u mind klau share??

      Delete
    3. Waalaikumsalam, yesss it is! Saya pass thru whatsapp boleh ke? Dm me your number kat ig saya boleh? nurfatihah_h

      Delete
    4. Anyway so sorry to those who would like to read this document tapi pass thru ws ni πŸ™πŸΌ I’ll try to find a way supaya mudahkan semua get access without need to do this jalan berliku. For the meantime, sesiapa yang nak silalah dm je okiee saya tak makan orang pun tsktsk πŸ€œπŸ½πŸ€›πŸ½

      Delete
  2. Anyway, bagi tahun ni, saya cadangkan ramai untuk tonton dokumentari dari majalah 3 mengenai Covid-19 ni. Bukan setakat dijadikan bahan jawapan iv, tapi sebagai ilmu untuk kita yang hidup era pandemik ni. Ajak ramai-ramai ahli keluarga tngok sekali ya!

    https://youtu.be/cfJZuwmQo2s

    Sangat berguna tambah2 kita sebagai pelajar perubatan (Aameen). Moga tayangan ni dapat mendedahkan lagi kita dengan situasi sebenar pengorbanan frontliners negara.

    Students tngok tauu!! Sangat relatable medical info yang dapat ni sebab ada dalam syllabus pembelajaran ni. Haaa kan dah dapat diapplykan bila belajar nanti.

    ReplyDelete
  3. requirement dia mesti 4 flat kan untuk interview ni uhuks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sejujurnya tak tahu requirement USM untuk students dari program asasi yang lain. Apa saya tau, kalau ikutkan pathway saya, untuk program asasi pra-USM yang nak apply untuk USM-KLE IMP, India, requirement boleh berubah. Untuk tahun saya (apply untuk kemasukan 2019), minimum pointer tahun itu adalah 3.80. Apa pun, kalau saya dapat maklumat lain saya update di sini ya!

      Delete

Post a Comment